KO Quiz 2

Keluarga Risa dan Rila tinggal berjiran. Mereka sering bantu-membantu. Suatu hari, Risa dan keluarganya pergi melancong ke Jepun pada musim sejuk dan untuk menikmati keindahan alam semula jadi. Ibu Risa meminta tolong ibu Rila agar menjaga rumah mereka.

Ibu Risa menyerahkan kunci rumah kepada ibu Rila. Ibu Rila membantu menyiram pokok bunga dan menyimpan surat khabar yang diletakkan di pintu.

 

Pada waktu malam, ibu Rila akan memasang lampu di halaman rumah Risa agar terang. Sebelum tidur, mereka akan memastikan rumah jirannya selamat.

 

Sekembalinya dari Jepun, Ibu Risa memberi buah-buahan sebagai buah tangan kepada Rila dan ibunya atas jasa baik mereka. Ibu Risa mengucapkan terima kasih kepada Rila dan ibunya kerana menjaga rumah mereka.

Scroll to Top