P Quiz 5

Borhan pulang ke rumah dalam keadaan marah. Setelah ditanya, barulah ayah Borhan, Encik Aslam, memahami punca kemarahan Borhan. “Pengadil (1) tidak adil! Borhan tidak sengaja tersepak buku lali pemain pihak lawan. Tanpa mendengar penjelasan Borhan, dia menayangkan kad kuning kepada Borhan,” sungut Borhan. Borhan memang (2) ada bakat bermain bola sepak. Dalam setiap pertandingan bola sepak, Borhan pasti tersenarai sebagai pemain. “Pengadil itu (3) menerima rasuah agaknya,” kata Borhan. “Borhan,(4) jaga mulut kamu! Jangan buat tuduhan yang melulu,” Encik Aslam memberikan peringatan. Encik Aslam menerangkan kepada Borhan bahawa tugas seorang pengadil bukanlah mudah. Hanya orang yang (5) bijaksana sahaja yang diamanahkan dengan tugas tersebut. Setiap pemain harus menghormati dan menerima keputusan pengadil Borhan sedar yang dia harus menahan kemarahannya. Borhan berjanji akan berusaha dan berlatih dengan lebih gigih lagi.

Scroll to Top